Wednesday, November 24, 2010

Sekolah sekolah di Banting Kuala Langat menjuarai Robogamez 2010





Syukur Alhamdulillah sekolah sekolah di daerah Kuala Langat telah menjuarai Robogamez 2010
Kategori Sekolah Menengah
Juara. Sekolah Menengah Sungai Manggis Kuala Langat
Tempat ketiga. Sekolah Menengah Seri Jugra Kuala Langat

Kategori Sekolah Rendah
Juara. S.K Seri Lanang Banting
Kedua . S.K. Seri Langat Banting
Ketiga . S.K. Seri Jugra
Terima Kasih Kepada Abang Bedul, Abang Halim, Abang Juki, Abang Sudin dan Kakak Yek kerana telah membantu Tim Robot KRILP Kuala Langat

Thursday, November 11, 2010

KRILP ROBOGAMEZ 2010 TEAM


Semuga KRILP ROBOGAMEZ 2010 TEAM ceria dan enjoy menyertai ROBOGAMEZ 2010

HALILINTAR 2010


Spesifikasi Robot
Nama  : Halilintar 2010
Jenis  :  Combat Robot
Berat  :12.9 kg
Saiz  :  200 x 190 x 90 mm
Senjata  :  Rotating disc
Radio  : Futaba 2.4ghz
Kawalan Motor  :  Sabertooth 25Amp x2
Bateri  :  SLA Gel 12VDC 7AH
Motor  :  Stater Motor 12VDC



INTRUDER 2010

Spesifikasi Robot
Nama  : Intruder 2010
Jenis : Combat Robot
Berat  : 13.5 KG
Saiz  : 160 x 130 x 90 mm
Senjata  : Pneumatic Fipper
Radio  : Futaba 2.4Ghz
Kawalan Motor  : Sabertooth 25amp x 2
Bateri  : SLA Gel 12V 7Ah
Motor : Stater Motor 12VDC

ILPKLS ROBOGAMEZ 2010 pada 8hb Nov 2010




Thursday, November 4, 2010

Klinik Robot sekolah rendah

Klinik Robot sekolah rendah telah diadakan pada 1/11/2010 pada pukul 11.00tgh hingga pukul 12.20 tgh. Sebanyak 4 buah sekolah telah menyertai klinik tersebut iaitu SK Jugra, SK Sri Langat, SK Sri Lanang dan SK Bandar Banting. Klinik ini adalah bertujuan untuk menyertai pertangan ROBOGAMEZ yang akan diadakan di UNITEN pada 11/11 hingga 14/11/2010.Kepada anak anak sekelian selamat bertanding, kuala langat pasti Juara !!!!!

Thursday, October 28, 2010

Klinik Robot SMK Jugra dan SMK Sungai Manggis

Klinik Robot telah dijalankan pada 29/10/2010 bertempat di makmal IT keselamatan.Pelajar pelajar SMK Jugra dan SMK Sungai Manggis telah ditunjuk ajar cara untuk menyelengara Robot dan juga untuk mengawal Robot. Diharap Sekolah SMK Jugra dan SMK Sungai Manggis akan berlatih dan mempertingkatkan lagi Robot mereka bagi memperolehi kejayaan di ROBOGAMEZ 2010 yang akan diadakan di UNITEN pada 11 Nov Hingga 14 Nov 2010.Selamat berjuang .

Wednesday, October 27, 2010

Penyerahan Robot kepada Team sekolah rendah dan team sekolah Menengah

Tarikh penyerahan robot serta klinik Robot akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut

1. Sekolah Menengah
    Masa   : 3.00 ptg
    Tarikh  :  28/10/2010
2. Sekolah Rendah
    Masa   : 11.00 tgh
    Tarikh  : 1/11/2010

Diharap sekolah sekolah yang mengambil bahagian dapat menghantar wakil serta pelajar bagi melancarkan aktiviti ini.

Penyelaras
KRILP

  

Thursday, September 30, 2010

ROBOGAMEZ 2010

HALILINTAR. Nama pun dah menggerunkan.Menggunakan 4 buah motor DC. 2 buah untuk pergerakkan dan 2 buah untuk Roller. 2 buah bateri digunakan untuk kuasa mutlak Halilintar.Status! masih dalam pembinaan.

Friday, September 24, 2010

ROBOGAMEZ 2010

INTRUDER adalah sebuah combat robot yang direka dengan mempunyai Senjata Pneumatic Flipper dan Penyodok.Ianya digerakkan dengan menggunakan 2 buah motor dan mempunyai tangki angin bagi tujuan Pneumatic Flipper. Rangka di perbuat daripada keluli yang dikimpal.Nantikan pembinaannya.

Thursday, August 26, 2010

Ingat!!!! tarikh keramat



Kepada semua ahli KRILP dapat merujuk carta perancangan diatas. ingat tentang tarikh yang dirancang.

Monday, August 23, 2010

ROBOGAMEZ 2010

Robogamez kembali lagi. Tahun ni Robogamez akan diadakan pada 11/11/2010 hingga 14/11/2010.Tema tahun ini sama seperti tahun lepas.Terdapat 3 katogari yang akan di pertandingkan
1. Sekolah rendah - Secorer Robot
2. Sekolah Menengah - Combat Robot
3  Terbuka - Advanced Combat Robot
KRILP memerlukan komitment dari ahli KRILP bagi menyertai pertandingan ini dalam katogari terbuka.Jadikan Robogamez sebagai titik mula teknologi Robotik di ILPKLS.Untuk malumat lanjut boleh layari link http://robogamez.blogspot.com/

Saturday, August 21, 2010

KELAB ROBOT ILP KUALA LANGAT

SELAMAT DATANG KE KRILP.
Tujuan KRILP ini adalah untuk memperkenalkan teknologi robotik kepada pelajar ILPKLS dan juga pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar ILPKLS.KRILP telah di tubuhkan pada 16/8/2010 dengan ahlinya seramai 22 orang. iaitu terdiri dari pelajar jurusan Komputer programming, komputer rangkaian dan CADD mekanikal.Task pertama KRILP ialah untuk menyertai ROBOGAMEZ 2010 yang akan diadakan pada 11/11/2010 hingga 14/11/2010. semuga semua ahli KRILP dapat melakukan yang terbaik bagi menjayakan ROBOGAMEZ 2010.